Wednesday, May 11, 2011

kalaulah

kalau disini
nak lintas jalan
sure pemandu akan bagi jalan
kalau lampu dah tukar kuning
berderu-deru kereta dah berhenti

tapi disana
selagi kau ada dijalan
jalan itu kau yang punya
tak lalu nak kasi can
bila lampu dah tukar merah
seboleh-boleh nak pecut
tunjuk juara siapa lagi terer

kalau kat sini
tak suka barang dah beli
boleh mintak tukar atau ganti rugi
tempoh refund pun lama bergaya
tapi kalau kat sana
dah beli, aku tak kenal kau
jadi jangan cari aku lagi

kalau kat sini
sistemnya lagi teratur
beratur naik bas punya smart
tak perlu cakap
confirm lurus barisan
tapi kat sana
semua berlumba nak masuk
tak kisah kau tua atau muda
janji aku ada tempat

indahnya hidup disini
walaupun rata-rata bukan islam
tapi sistem lebih islamik
berbanding dinegara islam sendiri

alangkah indahnya
jika disini
semuanya berlandaskan
Quran dan hadis

No comments: