salam and hi
sebentar tadi saya berkesempatan untuk mengikuti satu persembahan orkestra yang turut disertai salah seorang rakan saya (bajet jadi supporter la ni). bertempat di st gregory (kawasan kubur lama berdekatan uni, selepas asar) dan berbayar 3 pound, saya rasa, peluang ini sangat menarik untuk direbut (kalau kat malaysia, memang tak pergi dah ni, kompem lagi mahal ~.~)
berbalik topik yang ingin disampaikan, orkestra itu sendiri rata-ratanya merupakan hasil ilham dan cetusan idea komposer-komposer yang begitu menghayati keindahan muzik dalam kehidupan mereka. idea yang datangnya dari segenap pemerhatian tentang bunyi-bunyi semula jadi seperti kicauan burung, deruan ombak dan sebagai digubah dan diadun hingga terhasillah muzik yang best-best dan mantap-mantap (kalau nak suruh saya list komposer orkestra, hanya kenal kitaro je lah~.~).
hakikatnya, tidakkah kita tahu, semua makhluk ciptaanNya, burung, pokok dan lain-lain sebenarnya sedang bertasbih memuji kebesaranNya. cuma kita saja yang tidak dapat memahaminya. pernah tak korang rasa tenang je bila dengar bunyi alam? bila dengar rasa macam, wah, bestnye... tenang sangat.. well, itulah buktinya kita tenang mendengar kehidupan alam ini memuji nama Allah.
"Langit yang tujuh, bumi dan semua yang ada di dalamnya bertasbih kepada Allah. Dan tidak ada sesuatu pun melainkan bertasbih dengan memujiNya, tetapi kamu tidak mengerti tasbih mereka. Sungguh, Dia Maha Penyantun, Maha Pengampun" [Al-Isra':44]
inilah mercu tanda Land's End
nak katenye disini, kalau makhluk Allah yang lain begitu istiqamah berzikir dan bertasbih, macam mana pulak kita yang dah Allah lantik sebagai khalifah dibumi ni? kita yang lagi tinggi darjatnya kerana dikurniakan akal, yang lagi banyak tanggungjawab dibumi ni, tak rasa pape ke bila makhluk Allah yang lain lagi hebat ingatannya kepada Allah berbanding kita?
wallahua'lam
jom start amalan berzikir, kerana dengan mengingati Allah, hati menjadi tenang... :)
4 comments:
salam alaiki ukhti~
sukanya ni and i quote: "jom start amalan berzikir, kerana dengan mengingati Allah, hati menjadi tenang..."
sgt2 setuju.. dgn mengingati Allah, hati kita tenang.. dgn Islam hati kita menemukan kedamaian juga. inshaAllah, kalau kita mmg ikhlas, mmg akan tercapai dan dipenuhi.. =)
WAllahua'lam.
love fillah
btol2... lagi2 bile kita dlm keadaan resah, gelabah n xselesa.. zikir byk2 insya'allah reda perasaan yg xbest tu kan :)
ha, bile cakap pasal istighfar, br2 ni sy ade tgk kuliah dr asri (Dr MAZA) kt youtube
dia ade cerita psl kisah pembuat roti n istighfar... penah dengar x cite ni?
http://www.youtube.com/watch?v=kYcYOd6Yo8Y
(^_^)
sy xreti nk cerite, so sy bg link skali :)
Post a Comment