Sunday, December 16, 2012

Tunisian nasyeed



A beautiful nasheed sung by a young Tunisian brother in on live TV. The lyrics of the poem are as follows:


The first thing I'll start my words with saying is Bismillah;
I'll start with the kalima of tahweed: La ilaaha illa Allah.
We'll start by sending blessings on As Sadiq, Al Amin (Rasool Allah);
We'll start by sending blessings on the best of the Messengers. 
Listen to me, my brother, so that I may tell you a story;
I am a Tunisian Arab and my deen is Islam.
You told me I was ignorant; you told me I was backward;
You told me I was an oppressor, that I was an "ikhwani"!
Can you now tell me what is my fault?
For keeping the Qur'an and sunnah as a guide between my eyes?
You like to propagate the "modern Islam"; 
the Islam of sagging trousers and the Islam of miniskirts. 
55 years we lived under a secular regime!
You killed, stole and looted; and kept the people in suffering.
I am a Sunni Muslim; not a Jew or a Christian;
So do not tell me that tale about "separating politics" from my religion!
One word that we have said is that the Qur'an is our constitution; 
One word that we have said is that the Prophet is our role model;
One word that we have said is that the way of the Salaf is our way; 

One word that we have said is that the return of the Khilafah is a promise of Allah!

Monday, December 10, 2012

Talib al Habib -- Song of the Wayfarer Album -- Caravanserai








"You cannot Worship until you Love
You cannot Love until you Feel
You cannot Feel until you Understand
You can’t Understand until you Learn
You cannot Learn until you have been found
Can’t be found until you seek
You will not seek nor find until you yearn
And you will not yearn until you Remember
So remember La ilaha il Allah
Allahu… Allahu…"

Friday, December 7, 2012

pesanan buat adikku ain

Hati kita 
umpama sebendang tanah bendang.
Kebaikan yang kita semai dalam diri 
umpama kita menyemai benih padi. 
Manakala kejahatan yang timbul dalam hati 
umpama lalang yang tumbuh melata. 

Jika kita semai padi, 
lalang tetap akan tumbuh. 
Tapi, jika biar lalang tumbuh melata, 
padi tak akan tersemai dengan sendirinya. 

Begitulah hati kita. 
Jika kita tak didik dengan kebaikan,
kejahatan akan bermaharajalela dengan berleluasa. 

Tapi,
jika kita didik hati kita dengan kebaikan, 
kejahatan tetap akan ada juga, 

namun, 
kita akan boleh kawal ia.

:)


quoted from fb

Thursday, December 6, 2012

in search for barakah

it gets busier and busier
hectic term for final students just started
again, i find it hard to balance myself
studies, da'wah and my own

time is pleasure
time is luxury
time is worth ticking
if only i know to prioritise
and to use it wise

two things come at once
and i need to choose
da'wah over studies 
or the other way round
sometimes you can neither choose
nor let one's behind
but to work around it 

i seek for forgiveness
for not doing it right sometimes



Tuesday, November 27, 2012

pesan ayah kepada anak-anaknya

Wahai anakku,
Bagaimana hal kamu jika kamu menerima surat dari orang yang kamu sayang. Tentulah engkau membacanya dengan penuh perasaan kamu. Tentulah engkau akan mengulang ulangi bacaan itu, dan tentulah engkau akan cuba memahami setiap kalimah yang ditulis. Betapa hal kamu bilamana engkau menerima tisalah dari Tuhanmu, berapa kali kamu membacanya dan apakah kamu berusaha untuk memahaminya.

Wah
ai anakku,
Quran adalah risalah dari Tuhanmu. Jangan engkau biarkannya tanpa dibaca. Engkau sepatutnya rasa bersalah bilamana engkau membiarkannya lebih dari tiga hari. Ia pelembut hatimu. Membacanya berulang kal alan melembutkan jiwamu dan menambah kasihmu kepadaNya. Bacalah dan renugilah setiap kalimahnya, kerana ia adalah sebaik baik pengajaran. Ikutilah arahannya kerana ia sebaik- baik pertunjuk.

Wahai anakku,
Aku sangat dukacita melihat banyaknya alQuran yang langsung tidak diusik. Setiap kali engkau menghampirinya, ia meminta agar engkau mengambilnya. Andainya engkau rindu kepada Tuhanmu, bacalah kalimahNya. Dan andainya engkau ingin berbicara dengan Tuhanmu, hayatilah setiap kalimahNya.

Wahai anakku,
Janganlah engkau gopoh gapah sewaktu membacanya, kerana perbuatan itu menyebabkan engkau tidak merasai kemanisan setiap ayatnya. Renungilah hadis Rasulullah bilamana Baginda menyatakan setiap huruf diberi pahala oleh Allah. Maka setiap huruf mempunyai hak pada sebutannya dan hukumnya. Maka sempurnakan haknya nescaya engkau akan merasai kelazatan menyebut setiap kalimahnya.

Wahai anakku,
Jangan sesekali kamu terpedaya dengan bisikan syaitan yang membisikkan perasaan malasmu ntuk membaca Al Quran. Syaitan terkadang menanam perasaan tidak pandai membaca untuk menjauhkan kamu dari al Quran. Sedangkan emgkau membaca dengan mengeja satu persatu diganjar pahala dua kali ganda oleh Allah. Langaran itu berusahalah mempelajarinya. Jangan kamu merasa malu mempelajari Quran, kerana tiada manusia dilahirkan dalam keadaan alim.

Wahai anakku, aku sangat bahagia mendengar bergemanya al Quran dari suara anak-anakku. Kerana itu adalah hiburan yang amat indah yang akan mengundang rahmat Allah dalam rumah dan memberkati semua penghuninya. Janganlah engkau biarkan rumahmu bergema muzik, dan sunyi dari alQuran. Kerana rumah yang tidak dibacakan alQuran, dan sunyi dari zikrullah adalah kuburan.

Senyumlah nescaya Allah sayang padamu.








Sunday, October 21, 2012

still

it's there
but it's stuck

got to let it out
but several can't just let it go

and it's stuck
till no one would ever remember

but
being stuck
is way much better
than forgetting what has stucked

Monday, October 8, 2012

one little tiny thing

to give sincerely
do it wholeheartedly 

perhaps you're good in one little tiny thing
but happen to be worse at other things
perhaps the little tiny thing you're good at
may not bring any difference to other things

but perhaps..
that little tiny thing
makes you feel good
and keeps you going

it might be just a little tiny thing
but it means a lot to you for other things

don't be afraid to keep giving
although it is just a little tiny thing

who knows
with that little tiny thing you do
will bring you closer to the Creator of this iman



Saturday, October 6, 2012

the mix


at one point
sometimes i feel reluctant
perhaps the time to let it go?

progress..

i'm not like the others
it took me ages to comprehend
despite the years i've been through

capacity...

i don't know well
i don't absorb enough
seems like nothing has changed
ever since




Sunday, August 26, 2012

sahutlah seruan itu

kita lihat perjuangan di sana
umat Islam kian ditindas
di Syria bumi berdarah
di Palestin tanah dirampas

kita harus bersatu
sehati berjihad bersama
doa dititip penguat jiwa
seruan disahut pencetus semangat

Islam akan ditegakkan
walau dimana kita berada
disana tanah air tercinta

Ayuh sahabat
tekadkan impian
murnikan perjuangan



Friday, August 17, 2012

Ramadan versi perantauan

Salam dan hai~

Kalau diikutkan, ni baru pertama kali sambut Ramadan di UK (bajet macam dah lama sangat je duduk UK nye pun). Nak tambah lagi rasa syahdu, ini kali pertama berpuasa sorang-sorang kat rumah sampai lah raya, duduk jauh pulak tu dari keluarga nun di Malaysia. Ok touching sebentar. 

Bezanya Ramadan kali ni dengan Ramadan sebelum-sebelum ni, memanglah tersangat berbeza. Juga sangat berbeza dengan musim-musim atau cuti-cuti yang lain juga. Nak tahu apa bendanya yang berbeza, teruskan pembacaan hingga ke hujung entry (ceh, bajet macam orang nak baca sangat )



Ramadan tahun ini dimulakan ketika mana saya bertugas untuk kejohanan sukan bertaraf antarabanagsa Olimpik. Sebagaimana yang telah diceritakan serba sedikit dalam entry sebelum-sebelum ini. Berkisar kisah Olimpik saya, saya rasa sangat beruntung dan bertuah kerana dapat colleagues dan team leader yang super memahami situasi kami-kami yang berpuasa. Shif paling paling lambat habis bagi saya pukul 9.30 malam. Tapi, disebabkan team leader saya sangat bermurah hati, setiap kali saya shif petang, pukul 5 atau 6 dah dilepaskan pulang supaya saya sempat berbuka di rumah. I lap u team leader~


Tugas saya sepanjang Olimpik baru-baru ini adalah menjaga tempat latihan bagi atlet-atlet fencing sebelum mereka 'bertarung' pada hari kejadian. Kekemasan dan kebersihan dan keselamatan semasa di gelanggang terletak dalam tanggungjawab kami, jadi for most of the time, kami jadi observer yang patuh akan setiap tingkah laku mereka (ini termasukkan hak untuk menegur jika ada yang tidak berpakaian lengkap sebelum berlatih.. plastron on, pleasee~) 


Berbalik pada kisah Ramadan, pendapat saya pihak LOCOG sangat prihatin sebab banyak sediakan kemudahan bagi umat Islam yang berpuasa seperti kami ni, termasuklah 'quiet room' yang ditempah khas untuk Muslim solat berjemaah (siap tampal waktu solat lagi tu). Kalau bukan kerana Ramadan, sesiapa saja boleh menggunakan bilik tu. Makanan halal pun ada disediakan, walaupun saya rasa stok-stok untuk vegetarian je pun dah cukup sedap dimakan (^_^). Kemudahan-kemudahan yang disediakan sememangnya dapat 'cater' agama yang berbilang. Sebagai contoh, di Olympic Village dimana para atlet tinggal, ada disediakan 'services2' untuk agama Kristian, Buddha, Hindu dan solat bagi Muslim. (oh ya, tak percaya boleh tengok link ni sebagai bukti )


Tapi, Ramadan saya bukanlah hanya pada Olimpik je (walaupun hampir setengah bulan dok ulang alik sejam suku dari umah ke tempat kejadian) :). Sepanjang Olimpik, saya menumpang kasih di rumah member di London. At least, terubat la sikit rindu Malaysia bila ade jugak orang lain yang tak balik summer ni.. London dah jadi macam rumah kedua, barang-barang semua dah ada 'spare'. Sambil-sambil menumpang, banyak juga barang-barang carboot yang sempat dikumpul dan memandangkan lokasi rumah yang sangat strategik; dekat dengan Heathrow, saya sempat untuk menghantar senior-senior yang dah tamat pengajian di UK sebelum mereka berlepas pulang ke Malaysia. Dapat juga merasa pengalaman buat kuih raya walaupun for most of the time, saya jadi pemerhati dan tukang komen-komen je ~.~ (eh lupa, ade tolong-tolong makan dan balut-balut jugak). Walaupun kami berpuasa di perantauan, terawih tetap tak tinggal tau~ berbuka lebih kurang 9-ish dan sahur pula 2-ish, masa yang ada memang cukup-cukup terisi dengan terawih sesama kami, moreh sekejap dan sahur untuk puasa keesokan harinya. 



Sejurus tamatnya shif Olimpik, saya menyambung Ramadan saya di Jordan bersama-sama beberapa sahabat yang lain pula. Menariknya kali ini, ada diantara kami yang baru saja berkenalan sambil-sambil berjaulah di bumi Anbiya' itu. Disana jugalah saya sempat bertemu dengan sahabat-sahabat yang sebelum ini hanya dikenali di alam maya (walau maju mana pun teknologi, method face-to-face juga yang paling bermakna). Berpuasa di bumi Jordan yang panas banyak mengajar saya erti Ramadan itu sendiri (ada saya nukilkan di entry sebelum ini, walaupun hanya seciput saja :P ).

Demikian serba sedikit pengalaman berpuasa di perantauan. Orang di Malaysia sibuk berasak-asak nak balik kampung untuk raya, kami disini bising-bising keliru tak tahu bila satu Syawal  ~.~

Moga Ramadan kali ini membuahkan hasil ke arah perubahan yang lebih positif dalam diri. Sangat banyak yang dapat saya belajar dalam Ramadan kali ini jika nak dibandingkan Ramadan-Ramadan sebelumnya.

quick note: Selamat menyambut Syawal yang bakal menyusul beberapa hari lagi, Maaf zahir dan batin. Moga segala apa amalan kita di Ramadan ini dapat dipraktikkan juga di bulan-bulan yang lain (^_^)

Wednesday, August 15, 2012

erti kesyukuran

salam & hai

fuh fuh... dah berhabuk-habuk rupanya blog ni dari entry-entry membina/melayan perasaan =.= bukan tak de idea, tapi kesuntukan masa untuk menyusun kata (lagi-lagi dah jarang-jarang ada kat rumah, YB la katekan )

menaiki Jeep merentasi Wadi Rum

Benarlah, pepatah jauh perjalanan luas pemandangan itu ada betulnya. Hampir seminggu berjaulah ke Jordan banyak membuka mata hati dan minda. Ditambah pula suasana menyambut Ramadan yang jauh lebih meriah dan kesempatan menziarahi makam-makan para sahabat yang telah melakarkan sirah perjuangan Islam di bumi Jordan, dengan cuaca yang semestinya lebih panas dari UK dan Malaysia, sememangnya banyak perkara yang dapat dimuhasabah dan difikir-fikirkan bersama.



kawasan perang Yarmouk
Ada orang lebih faham dengan mendengar, ada orang dengan melihat dan ada yang lebih mengingati dengan menyentuh sesuatu yang berkaitan. Ok itu dah masuk different types of learning styles. Nak tahu lebih lanjut boleh google-moogle. Bila kita dapat menyaksikan sesuatu yang bersejarah di depan mata, jelas terpancar satu perasaan yang sangat 'fuiyo' dan kagum yang sangat 'wow' dalam diri. (ok, sambil menyelam minum air, ter'promote' program Iluvislam pulak).  Mana tak nya, tanah yang dipijak itulah suatu ketika dahulu pernah dilalui berbagai macam peristiwa. Sambil-sambil mendengar kisah para sahabat yang dimakamkan disitu, dapat juga saya refresh sirah yang selalu tertukar-tukar tu. (boleh klik sini untuk maklumat lanjut siapakah para sahabat tersebut) Tanpa kehadiran para sahabat yang teguh nak menaikkan syiar Islam dimuka bumi, mana mungkin kita dapat lihat kesannya hingga ke hari ini. Kita muhasabah pula diri kita, kita hidup bersenang lenang dengan Islam sejak dari kita lahir. Apakah pula sumbangan kita untuk menyambung perjuangan mereka? Syurhabil bin Hasanah hingga ke penghujung usianya yang meninggal pada usia 60an  tetap sanggup untuk tidak melepaskan jawatan kerana menghidapi taun Amwas semata-mata ingin meneruskan perjuangannya untuk menawan Al-Quds. Bagaimana pula dengan kita pemuda-pemudi yang masih sihat dan cergas ini?

Semasa menaiki bot di Aqaba yang berhampiran dengan sempadan Mesir dan Palestin (walaupun dalam peta dunia kata Israel, nak cakap Palestin jugak~), kami dapat juga update cerita tentang negara-negara Timur Tengah lain macam Palestin, Mesir dan Turki dari revolusi Arab Spring sampailah kejatuhan Turki Uthmaniyyah. Kestabilan sesuatu negara dapat dilihat dari cara pemerintahan kerajaan dan keadaan rakyat yang hidup dibawahnya. Kalau kerajaan itu menjalankan tanggungjawab mereka, mana mungkin rakyat mula memberontak kan? Itulah pentingnya bagi kita untuk menentukan kerajaan yang macam mana yang kita nak untuk menguruskan negara kita agar bebas dari sebarang penyelewengan dan memerintah negara berteraskan al-Quran dan sunnah. 



Laut yang bersempadan Mesir, Israel dan Jordan

Ramadan di Jordan, kami berpuasa dari pukul 4-ish pagi hingga ke 7-ish malam,  dengan cuaca panas keringnya, sememangnya ia merupakan satu cabaran yang tervavom bagi kami. Kalau di UK kita berpuasa lebih lama berbanding di Jordan, namun kepanasan di Jordan lebih menyengat dan kering berbanding di UK, jadi secara tiba-tiba saya rasa sangat bersyukur kerana diberi peluang untuk merasa nikmat berpuasa di tempat-tempat yang berbeza putaran puasanya. Dengan pengalaman menarik ini, saya juga rasa sangat bersyukur dengan kesempatan yang diberikan untuk bertemu Ramadan kali ini. Andai kita tidak bertemu Ramadan kali ini, sudahkah kita bersedia  dengan selengkapnya?






haiwan tunggangan di Petra
Tiap kali beriftar, apa perkara pertama yang akan kita cari? Air. Kalau takde air macam mana? Confirm kehausan bagai nak rak. Semasa berada di Petra (nota: Petra sangat besar, tinggalan bangunan bergua zaman terdahulu yang sangat hebat tamadunnya, yang dikatakan adalah kaum Samud pada zaman nabi Saleh), kudrat berjalan kaki untuk meng'explore' kota lama itu agak terhad kerana cuaca yang sangat panas di kawasan berpasir, kami hanya mampu menahan nafsu tengok kedai-kedai yang menjual air sejuk... Kalau di UK, bil air pun dah disekalikan dengan bil rumah, jadi kita boleh pakai  sebanyak mana air yang kita nak tanpa perlu risau bil yang perlu dibayar. Datang pula ke Ireland, air sememangnya percuma, jadi kebanyakan dari kita mungkin memandang remeh isu ketandusan air dan had penggunaannya. Sampai di Jordan, jelas menunjukkan negara itu memang terhad sumber airnya, jadi faham-faham la keperluan air disana macam mana, ditambah pula cuaca yang super panas lagi-lagi musim panas ni... Jadi secara tak langsung kesempatan berpuasa di Jordan ni banyak membuka mata untuk rasa lebih bersyukur dengan apa yang kita ada. Teringat juga kisah di Aqabah, kami beli berbotol-botol air bermacam perisa untuk dibawa pulang ke hotel seusai terawih kerana terlalu dehydrated sangat. 


Sepanjang berjalan di mana-mana, saya belum pernah lagi jumpa hard core tourist guide yang sangat tabah menemani kami yang tak reti berbahasa Arab ni.. Schedule kami agak padat, kadang-kadang hari ni balik pukul 11 malam, esok pukul 3 pagi kena keluar balik. Personally, saya memang salute adik-adik ni.. bersabar je korang dengan kami kan :) Walaupun masing-masing baru je kenal, siapa sangka bila dah balik Kent balik, terus teringat rindu-rinduan pada adik-adik dan warga Jordan lain. :')

dari adik-adik yang teman kami sepanjang jalan Jordan


Last but not least, satu perkara yang sangat-sangat tak dapat dilupakan sepanjang berada di Jordan ialah ke'best'an berterawih di sana. Almaklum, di Kent masjid takde la besar mana, dan agak jauh la jugak.. Kami di sini rata-rata berterawih bersama geng-geng yang tak balik (oh tapi itu juga merupakan satu pengalaman menarik). Di Jordan, masjid besar-besar belaka dan selesa. Terawih di sana setakat yang saya tahu hanya buat 8 rakaat sahaja. Dan pada rakaat terakhir witir, imam akan membaca doa qunut dan mendoakan keamanan bagi umat Islam di Syria, Rohingya dan tempat-tempat lain. Ada juga peristiwa menarik yang terjadi di masjid yang tak mungkin dapat dilupakan sampai bila-bila; yang mana kami terpaksa menyelinap masuk ke ruang solat perempuan melalui tingkap kerana pintu terkunci sejak semalamnya semata-mata untuk mengejar pahala berjemaah. (tak sempat nak panggil orang mintak kunci).  :) 


panorama dari Amman Citadel


coretan ini hanyalah secebis dari apa yang saya dapat sepanjang berada di Jordan Ramadan ini. Banyak lagi yang tak terluah kerana terlalu 'oh my Allah' osemnya... Alhamdulillah dengan perancangan untuk ke Jordan yang boleh dikatakan sangat 'last minute', banyak yang dapat dipelajari dan diambil iktibar. Moga dengan pengalaman yang sedikit ini mampu mengubah perspektif saya tentang kehidupan dan Islam itu sendiri. Amin.





Tuesday, July 10, 2012

aturanNya yang indah

banyak hikmah yang Allah beri
tak dapat penuhi kerja menjaga anak-anak kecil
Allah beri peluang jaga anak-anak pejuang agama
sudah terasa peritnya tugas seorang ibu

tak dapat kerja mengemas di universiti
Allah bagi peluang bantu sahabat pindah rumah baru
tambah lagi, Allah bagi peluang jumpa orang-orang hebat
yang bakal berlari di medan dakwah tanah air
sedang kami disini masih bertatih untuk berjalan
insan-insan hebat itulah, merekalah orang-orangnya
yang mengenalkan kami kepada Sang Pencipta
sedang kami masih tercari-cari dinegara barat ini

dan insya'allah
bakal merasa suasana Ramadan di bumi Anbiya' Jordan
sambil menghayati tempat-tempat bersejarah tamadun Islam



"maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?"

pending

segalanya bermain-main dalam fikiran
tapi tak terluah disini lagi
bukan masa tak mengizinkan
namun belum mampu mengolah cerita
yang sudah berkepuk-kepuk terbuku dihati

Friday, May 25, 2012

always

sometimes
you need time on your own
to think your own actions
reflects all the wrongdoings you've done

often
you need people to console you
give you advices on this and that
before you make any decisions

but always
seek Him for everything we do
let us find barakah in every decisions
no matter what the consequences'll be 

Wednesday, May 16, 2012

options to choose

Bismilhirrahmanirrahim

Being an international student especially when you're planning not to go back to your country during summer holidays, is not easy when you have minimal allowance to spend. In order to secure a part time job, one has to compete with other locals and applicants, where sometimes they don't really prefer other nationalities. Sometimes.

Perhaps luck was not with me, but I do believe something better will appear. I was rejected with the application for the housekeeping position at University of Kent, and my application to volunteer for the upcoming Olympics is not yet finalised. Depending solely on allowance and savings, well urm... quite a tough thing to do when you don't have any future savings backup plans and your whole family is coming in three months time.

While skype-ing with my friends, she offered me a job to babysit some Malaysian posgrads somewhere outside Kent. Well, I think that would be a very good suggestion despite of the need to travel far away from Canterbury. Perhaps it's one way to socialise with the society of different age range. That makes sense for me as in Canterbury we can't find many Malaysians anyway. Families with kids, even rarely found. Besides, maybe it's a preparation for me as well? Who know what will happen in the future, Experience makes us strong, experience develops our maturity.

So, there are lots of options we can choose, there are many things we can do, with one condition, the will power should be at the top. Apart from that, we should also remember that all we have today, wealth, health and life is borrowed from Allah the Creator. We may choose whatever we want, but the result remains a secret for us to treasure. To Allah we pray our best, and let to Him to decide what's best. Insya'allah


Tuesday, May 15, 2012

enough rambling




It's been a while now. Quite some time, long after my lengthy entry, describing my life here and there in parts of the UK. I've just sat for three core module exam papers, and I still have one last to finish off my Year 2 here. Oops, almost forgetting my introduction to Year 3 sessions after that, and a bit of thinking time for selecting topic for my dissertation, ten thousand words. Yes, it's a 10k project I tell ya. One whole year for doing that.


Life's never been easy. At times there were happy moments, some others were just rough edges. Year 2 has taught me a lot about responsibilities and desire for the better. Towards self, towards others around me, and towards everything that matters to me. Islam. People often say they care for their religion. But what do they do about it? Just saying on facebook does't makes you've done your role and that's it. Posting some Islamic photos or reminders on your page doesn't make you more pious compared to others. What have you contribute physically for the dakwah? It is the biggest and the greatest sunnah of our beloved Prophet Muhammad s.a.w. And that question keeps on revolving around me all this while. And I often think whether I've tried to do it, in whatsoever ways that exists and i'm still learning to do it my own way. Hope for the best.




A year has watched me developed. From my first innocent year, to a year that I've become more aware of my surroundings, not just in the UK, but also changes that happen in my home country. Yeah, they say don't do politics because it's dirty. Dirty people do dirty politics, but those who are ikhlas, they really mean it. Showing an awareness is good. Showing that I do care for my future.

I don't even know what i'm talking right now. Perhaps the dizziness of the exam fever has caught me into this situation. Hoping for a better quality attempts in the future. Insya'allah

Monday, May 7, 2012

Dimana kita?

Tika dahi sujud dilantai
Tiada izzah yang dapat dirasa

Tika rakaat usai diulang
Tiada kesyukuran datang menerpa

Tika doa dititip diakhir kalam
Tiada tangisan menemani keinsafan

Tika lidah petah berbicara
Sejauh mana hati merenung diri?

Ya Allah
Dimana letaknya hatiku?
Dimana rasa kehambaanku?
Dimana taubat hinaku?

Jika titik hitam yang datang menjengah
Sucikanlah ia dengan renungan zikir

Jika hati sekeras batu
lembutkan ia deangan alunan kalamMu

Jangan biar aku terus hanyut

Jangan biar aku terus leka

Ingatkan aku sebagai pendosa

Yang sentiasa berharap ajalku
diiringi rahmatNya

Sunday, May 6, 2012

one day it will rise again

I wish
Malaysia could be a better place
like the days during the Caliphate's

till then
we will fight
and let it rise again

============

Speech from Charlie Chaplin's 

'The Great Dictator'
I'm sorry but I don't want to be an Emperor, that's not my business. I don't want to rule or conquer anyone. I should like to help everyone if possible, Jew, gentile, black man, white. We all want to help one another, human beings are like that. We all want to live by each other's happiness, not by each other's misery. We don't want to hate and despise one another. In this world there is room for everyone and the earth is rich and can provide for everyone.The way of life can be free and beautiful. But we have lost the way. Greed has poisoned men's souls, has barricaded the world with hate;has goose-stepped us into misery and bloodshed.

We have developed speed but we have shut ourselves in:machinery that gives abundance has left us in want.Our knowledge has made us cynical,our cleverness hard and unkind.We think too much and feel too little:More than machinery we need humanity. More than cleverness we need kindness adn gentleness. Without these qualities, life will be violent and all will be lost.


The aeroplane and the radio have brought us closer together. The very nature of these inventions cries out for the goodness in men, cries out for universal brotherhood for the unity of us all. Even now my voice is reaching millions throughout the world, millions of despairing men, women and little children, victims of a system that makes men torture and imprison innocent people. To those who can hear me I say "Do not despair".

The misery that is now upon us is but the passing of greed, the bitterness of men who fear the way of human progress: the hate of men will pass and dictators die and the power they took from the people, will return to the people and so long as men die [now] liberty will never perish. . .

Soldiers: don't give yourselves to brutes, men who despise you and enslave you, who regiment your lives, tell you what to do, what to think and what to feel, who drill you, diet you, treat you as cattle, as cannon fodder.

Don't give yourselves to these unnatural men, machine men, with machine minds and machine hearts. You are not machines. You are not cattle. You are men. You have the love of humanity in your hearts. You don't hate, only the unloved hate. Only the unloved and the unnatural. Soldiers: don't fight for slavery, fight for liberty.

...

You the people have the power, the power to create machines, the power to create happiness. You the people have the power to make life free and beautiful, to make this life a wonderful adventure. Then in the name of democracy let's use that power, let us all unite. Let us fight for a new world, a decent world that will give men a chance to work, that will give you the future and old age and security. By the promise of these things, brutes have risen to power, but they lie. They do not fulfil their promise, they never will. Dictators free themselves but they enslave the people. Now let us fight to fulfil that promise. Let us fight to free the world, to do away with national barriers, do away with greed, with hate and intolerance. Let us fight for a world of reason, a world where science and progress will lead to all men's happiness.

Soldiers! In the name of democracy, let us all unite!

Saturday, April 28, 2012

Nahnu Syababul Islam

wahai pemuda Islam 
mari bangun berjuang
kita tegak syiar Islam

janganlah takut 
janganlah bimbang
ingat syurga menjadi idaman


hasbunallah wa ni'mal wakeel 

Sunday, April 22, 2012

smile as you can

sometimes
when life gets too sour
a drop of sweet will make it better

when problems chasing after you
stop running, smile at it
and deal with it 

because smile is the sweetest thing of all
that will ease your problem
without you knowing it




Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man's FB status:

Bisikan syaitan yg paling mudarat pada seseorang itu ialah perasaan malas. 

Apabila terasa malas pd waktu ketika anda sepatutnya mengerjakan sesuatu, sedarlah anda sedang melayan bisikan syaitan.

Apabila anda melayan bisikan syaitan, pelbagai khayalan akn bermain di minda - buat teh dulu, tangguh sekejap, layar inte...rnet dulu, tunggu rancangan tv habis dulu, rasa nak tidur, telefon berbunyi, sms datang, org rumah panggil dan sebagainya...

Kita harus saling-mengingatkan org sekeliling kita yg kelihatan malas, berkata malas utk mengerjakan sesuatu, terlalu santai sehingga lalai bahawa mereka sedang melayan bisikan syaitan yg dahsyat.

Petua mengatasinya mudah, SENYUM dan kuncikan minda dan teruskan buat kerja yg sepatutnya. Selepas 5 minit, inshaAllah bisikan syaitan akan menghilang, dan kita akan mendapat momentum utk menghabiskan tugas yg ada di tgn.

Sekadar berkongsi pengalaman peribadi dengan semua.

Kita harus saling-mengingatkan org sekeliling kita yg kelihatan malas, berkata malas utk mengerjakan sesuatu, terlalu santai sehingga lalai bahawa mereka sedang melayan bisikan syaitan yg dahsyat.
Petua mengatasinya mudah, SENYUM dan kuncikan minda dan teruskan buat kerja yg sepatutnya. Selepas 5 minit, inshaAllah bisikan syaitan akan menghilang, dan kita akan mendapat momentum utk menghabiskan tugas yg ada di tgn.
Sekadar berkongsi pengalaman peribadi dengan semua.


Saturday, April 21, 2012

teman perjuangan

subhanallah
begitu erat ukuwah ini terbina
meski sudah bertahun tak ketemu
perjuangan kita perjuangan yang sama
dalam diam Allah ikat hati-hati kita
cantik sekali perancanganNya

kadang-kadang
rasa dah tak sabar  
nak pulang ke tanah air
dan mulakan perjuangan
lagi-lagi bila dapat tahu
ramai teman menantiku pulang
untuk berjuang bersama-sama

akhawatku sayang
meski kita jauh berbeza benua
meski kita berbeza siang dan malam
namun percayalah
kalian sentiasa dihati 

(^_^)

Thursday, April 19, 2012

kerana warna membezakan

luarnya keras
bujur bentuknya
pada kalian
mungkin tiada bezanya
namun isi didalam
penentu acuannya

bayangkan...
dalam menu seharian
jika yang kuning isi dalamnya
sedaplah dimakan beserta nasi lemak
tapi jika yang oren pula warnanya
pembuka selera si nasi kerabu

nampak perbezaannya?
meskipun sama pada luarannya
namun pada dasar didalam
itulah yang membezakan

yang akan menetas
bukanlah dua ekor yang serupa

namun telur tetap telur
jika tidak menetas
ke dalam perut manusialah
pengakhiran abadinya





Sunday, April 15, 2012

postphone le jawabnye

niat dihati,
plan asal cuti ni nak update
pasal homestay di Essex,
siapkan video jaulah winter,
dan belajar guna sony vegas

namun
perancangan Allah lebih cantik rupanya
beberapa hari lepas balik bercuti
terus demam sampai ke hari ni

segala plan terpaksa ditangguh dulu
sebab nak fokus pada assignment dan exam
mohon doa agar sisa-sisa cuti yang ada
dapat dimanfaat dengan lebih tersusun

Friday, March 23, 2012

masa itu sudah hampir

hidup
semakin lama
semakin hampir dengan kematian
semakin dekat dengan hari pembalasan

tika gembira menyambut kelahiran
ada sebahagian meratapi kematian

ingatlah
tika umur bertambah meningkat
sebanyak itu jugalah usia kita
semakin meninggalkan dunia

ustaz selalu kata
bila hari jadi
ucapkanlah
"selamat meninggal dunia!"

Tuesday, March 13, 2012

Alhamdulillah!

Alhamdulillah
Alhamdulillah
Alhamdulillah

pertolongan Allah itu maha luas
mungkin apa yang kita minta
tidak termakbul
tapi Allah bantu kita
dengan apa yang kita perlu
berbanding apa yang kita mahu

dikala kekusutan melanda
runsing dengan tugasan sebagai pelajar
Allah bukakan hati sahabat-sahabat
untuk tampil memberi pertolongan
sungguh tidak ternilai kasihnya Dia pada kita

Alhamdulillah ya Allah!


Friday, March 9, 2012

simple and short

there's so many things to write here
but due to assignments which are to be submitted this coming weeks,
that piece of mind rests at heart

will find some time to update this lil blog
insya'allah

Friday, January 27, 2012

mungkinkah?

mana mungkin
kita bisa mentarbiyah
jika diri sendiri tidak tertarbiyah?

mana mungkin
menjadi qudwah hasanah
jika amalan sendiri tidak terjaga?

mana mungkin
menyentuh hati insan yang mendengar
jika yang berkata tidak berbicara dari hati?

ayuh lengkapkan diri
hayati ilmu yang dipelajari
ikhlaskan niat di hati
agar Islam tertegak dalam diri
serta insan yang didampingi

Monday, January 23, 2012

imam

i found this quotation really interesting

"Seharusnya lelaki tidak harus meletakkan piawaian yang terlalu tinggi untuk calonnya. Kerana jika IMANnya hebat, maka dia akan memimpin dengan baik, tidak kira siapa pun yang akan menjadi makmumnya.


Yang harus cerewet adalah wanita. Kerana dia sedang memilih calon IMAMnya. Dan sudah pasti, dia mahukan calon Imam yang mampu membimbing dengan baik. Kerana memilih bakal Imam, lebih penting dari memilih bakal Makmum"

Sunday, January 22, 2012

masa yang lalu

aku percaya, Allah masih sayang jiwa ini. kerana itu, aku belum ditemukan dengan orang yang betul. mungkin dia bukan yang terbaik untuk diriku. atau mungkin Dia mahu aku untuk mengenali Islam lebih dari segala yang lain. benar, cinta adalah fitrah, tapi bagaimana kita mengawal perasaan untuk dicintai dan mencintai, itu lebih penting. Aku bersyukur kerana ditemukan dengan sahabat yang banyak mengingatkanku untuk menetapkan pendirian, kerana aku yakin Allah yang gerakkan hatinya untuk membantu aku. dan kini aku bersyukur dengan pilihan yang telah dibuat. alhamdulillah, insan tersebut telah pun mendirikan rumahtangganya. mungkin ada yang menyangka aku akan berasa sedih, kecewa mahupun menyesal dengan pilihanku, tapi bagi aku, sekurang-kurangnya insan itu telah berjaya menutup ruang-ruang maksiat. dan sekurang-kurangnya juga aku tidak terjerat dengan helah syaitan yang menggoda, yang mungkin memakan diri. yang mungkin aku pada hari ini bukanlah sepertimana aku seadanya. belajar dari kesilapan, aku mahu belajar erti tanggungjawab sebelum tanggungjawab itu diamanahkan kepadaku kelak. dan ianya satu proses yang panjang. jika tiada persediaan rapi, manakan dapat perjalanan yang lancar. dan aku yakin janji Allah pada hambaNya yang menunaikan tanggungjawab dengan sebaiknya.

Friday, January 20, 2012

masa adalah hak


kita sebagai pelajar
kita ada masa untuk ulangkaji
kita ada masa untuk makan
kita ada masa untuk berprogram
kita ada masa untuk lepak-lepak
kita ada masa untuk bekerja
kita ada masa untuk tidur
dan kita juga ada masa
untuk tidak berbuat apa-apa

dan atas dasar apakah
kita ada masa untuk semua itu?

PILIHAN KITA

maka kitalah yang berhak untuk memilih
apa yang kita akan lakukan
dalam 24 jam sehari
7 hari seminggu

jika niat untuk tidur
maka tidurlah yang kita dapat

jika niat untuk makan
kenyanglah yang kita rasa

tapi jika kita niat kerana Allah
semuanya menjadi ibadat

makan untuk memberi tenaga
agar dapat menambah amalan

tidur sejenak di siang hari
agar dapat bermunajat ketika malamnya

jadi
adakah kehidupan kita sebagai pelajar
hanya untuk mengejar segulung ijazah?
untuk memudahkan kita mendapat kerja?
atau menggunakan ilmu yang dipelajari
dan menyumbang kepada ummah?


i do not learn for a piece of recognition
but i do learn for life and the hereafter

Thursday, January 19, 2012

let's move it

Alhamdulillah
this video inspired me to keep writing
not because of the song
but the effort this person has shown
da'wah is a long journey
and it's not waiting for us
it's not how long you've been in da'wah
but it's all about what you do with da'wah


Wednesday, January 11, 2012

untukmu teman

sahabat
jika hari ini aku berjaya menakluk diri

ingatkan aku
esok mungkin aku jatuh kembali

sahabat
jika hari ini aku meninggi diri penuh bangga

tegurlah aku
kerana aku kekal seorang hambaNya

sahabat
jika hari ini aku dilantik untuk memimpin

bimbinglah aku
agar aku tidak terus alpa dengan amanah yang diberi

masih terlalu banyak kekurangan
masih mencari kekuatan diri yang tak pasti

andai sudah melepasi halangan
ingatkan aku
wahai sahabat!

Sunday, January 8, 2012

dear you

I longed for a friend
who can share
same thoughts
with me

I longed for a friend
who can comfort me
and make me calm
whenever I'm lost
and puzzled

I longed for a friend
who can fill this emptiness
keep me far from loneliness
and wipe my tears when it falls

I longed for a friend
who can show me
what is right and
what is not

I longed for a friend
who can stand by me side
together fight for the right

I'm waiting for that friend
or maybe waiting for my future?

Friday, January 6, 2012

what's most important

if I were destined to be alone in this path here


will I be able to do it?


I need a friend


who can go through together with me


not a friend


who only comes in when they're exuberant


and left when they're not


Allah is our ultimate goal


and no other shall distract us


from reaching our Jannah


Wednesday, January 4, 2012

building the leader inside

pandangan pertama
selalunya kurang tepat
untuk menceritakan perihal seseorang
secara keseluruhannya

jujur kata bagi aku
jaulah musim sejuk ini
berjaya membuka mata dan pintu hati
untuk menerima pandangan dan kritikan
yang mana kadangkala aku
tak pernah sedar ianya berlaku

pengalaman jaulah ini
mengajarku untuk lebih berhati-hati
untuk peka dengan keadaan sekeliling
kerana bila kita berada dalam 'comfort zone'
kita mudah alpa dan leka

Alhamdulillah, aku bersyukur
ditemukan dengan ramai rakan baru
sahabat-sahabat yang bersama-sama denganku
merungkai misteri diri satu per satu

kalian banyak membantuku membina keyakinan
di setiap detik peluang dan ruang yang ada
agarku mampu bertatih setapak demi setapak
sebelum berlari di medan sebenar kelak

dalam masa yang cukup singkat
mungkin tak banyak dapatku pelajari
namun ianya cukup buatku sedar
matlamat itu mampu tuk dicapai


*jazakumullahu khairan sahabat-sahabatku*