Monday, December 30, 2013

Tarbiyatul Aulad

Bak kata abg Idham (mantan Penghulu Keluarga Soton) , "Pendidikan anak-anak, tidak hanya tertumpu kepada ibu bapa atau mereka yang telah berkeluarga. Ianya bermula awal. Sebelum berkahwin. Bahkan seawal sebelum mengenali pasangan. Ianya bakal mencorak pemilihan pasangan dan pembentukan keluarga."


Berikut adalah nota yang sempat disalin. Sangat ringkas. Mohon maaf kalau tak clear. Saya dah post di status saya, tapi saya copy kembali untuk rujukan pada masa yang akan datang.

PENDIDIKAN AQIDAH

  •  Sebenarnya tugas mendidik ni tugas Ketua Keluarga. Dalam alQuran,banyak Contoh pendidik dalam keluarga adalah dalam kalangan lelaki atau bapa,contohnya Luqman Hakim,tetapi kenapa kita selalu serahkan tugas mendidik 100% kepada golongan ibu?
  • Jangan kenali bakal pasangan sekadar 'virtual existense' yakni melalui FB. Hanya rasa dia ni hebat sebab suka post status berdegar-degar. Perlu ada langkah-langkah yang mesti dilalui
  • Kita mesti didik anak kita mengikut kesesuaian zaman mereka.
  • Kita mesti jadikan anak kita sebagai LEADER,bukan follower. Kita selalu kata 'Kalau abah kata macam ni,kena ikut macam ni',dengan itu kita hasilkan follower dan bukan LEADER.
  • Perasan tak masa anak-anak umur 3-4 tahun,mereka kenal doraemon,superman,spiderman dan berapa-berapa hero. Umur sewaktu ini mereka senang dekat dengan watak-watak hero. Tapi kita tak ajar anak kita dengan syahadah,zikir-zikir, Asmaul Husna dan tentang Rasulullah SAW.sebab kita rasa mereka ni kecil lagi. RUGI.
  • Kita kenalkan anak-anak kita tentang Allah bila nak marah pada anak-anak kita. Contoh 'Jangan buat tu!!Nanti Allah marah,masuk neraka'. Maknanya kita kenalkan kepada mereka Tuhan itu garang,BUKAN DENGAN CINTA
PENDIDIKAN INTELEKTUAL

  • Kita selalu aim hantar anak kita ke sekolah setakat nak mereka pandai baca dan mengira,tapi kita kena pupukkan tujuan untuk membina generasi pemikir (ulul albab). Jadi,kita ubah mindset kita untuk kita lahirkan pemikir.
  • Dalam kajian yang telah dikeluarkan oleh Guardian, sebenarnya anak yang kita kenal semasa umur 17 tahun atau belasan tahun, sebenarnya disebabkan oleh apa yang diterapkan semasa umur 4-5 tahun. Sebab itu pembinaan aqidah dan intelektual mesti diterapkan sewaktu umur itu.

PENDIDIKAN SOSIAL
  • Kita sebenarnya patut didik anak kita 'its okay to be different(ghuraba')' supaya mereka tidak senang-senang terikut rakan sebaya mereka.
  • Dalam pembinaan sosial, saya selalu terapkan konsep GENDER ROLE, supaya anak sulung sebagai orang yang incharge adik beradik, yang LELAKI sebagai pelindung adik beradik dan ibu.
  • Hubungan ayah dan anak perempuan sangat penting. Sebab anak perempuan akan ada keyakinan diri yang tinggi dan ada jati diri yang teguh sekiranya hubungan mereka baik. Hubungan anak perempuan dengan lelaki lain,akan terjaga. Jangan kita rendah-rendahkan anak perempuan kita.
  • Rasulullah SAW bersabda,"Tiada pemberian yang lebih utama yang diberikan seorang ayah kepada anaknya daripada akhlaq yang baik"-Riwayat Tirmidhi.
    Kalau nak bagi hadiah yang terbaik kepada anak-anak, berikanlah hadiah 'akhlaq'
  • Info tambahan : banyak hadis menyatakan hubungan AYAH dan anak-anak dalam pendidikan anak-anak. tak banyak tentang hubungan ibu dan anak-anak.
  • Babies ni adalah social-being, mereka tahu apa yang berlaku. Sekiranya kita tak bagi perhatian kepada mereka, emosi mereka akan terganggu. Mereka akan tengok gerak tubuh, face expression,suara dan perkataan secara attachment. Mereka akan belajar daripada apa yang mereka lalui daripada mereka baby lagi.
PENDIDIKAN MORAL
  • we have to know content apa yang anak kita baca, dengar, tengok. Tu adalah tanggungjawab mereka. Apa yang mereka terima akan membentuk mereka walaupun kartun! info tambahan : kartun simpson pun tak sesuai untuk ditonton.
  • Kita kena berikan TANGGUNGJAWAB kepada anak-anak. Biarkan mereka tolong setelah mereka offer. Supaya mereka rasa BELONG TO THE FAMILY. Dengan ini, kita boleh menangkis anasir-anasir moral.
  • Kita perlu elak DESENSITISATION (nyah-sensitiviti) yang terdiri daripada 3 kategori iaitu emosi,keganasan dan seksual. - Kita kena against penyebaran gambar-gambar ngeri dibunuh.kita tak ada perasaan bila tengok kanak-kanak Syria, Palestin dibunuh dengan ngeri sebab kita selalu tengok di FB. - elakkan untuk tengok benda-benda ganas, supaya mereka tak anggap keganasan itu biasa.
  • Sekiranya mereka salah, tegur dan beritahu KENAPA MEREKA SALAH supaya dapat melatih mereka supaya mereka boleh ikut rutin yg mereka telah tetapkan. Sekiranya mereka ikut dan patuh, berikan ganjaran dan pujian, kita juga boleh denda atas tindakan yang salah dengan jelas,tegas dan pantas.Ibu bapa perlu bekerjasama dan sayangkan anak, hanya marahkan sikap. Kita juga perlu ingat IBU BAPA ADALAH BOSS,jangan jadikan anak tuan kita.
PENDIDIKAN FIZIKAL

  • Kenali bayi anda; perlu tahu 'milestone' perkembangan bayi.
  •  perlu tahu perkembangan penyakit baru-development disorder
  •  Gaya Hidup (aktif dan berani, bersifat lelaki/wanit sejati)
  •  Latih mereka supaya tak cepat giveup dan putus asa.
  •  jangan larutkan mereka dalam kemewahan supaya mereka boleh hidup berdikari.
PENDIDIKAN SEKS
  • Pendidikan Seks sering menjadi taboo dalam masyarakat disebabkan imej 'seks' yang disalahfahamkan oleh media barat, namun sebenarnya pendidikan seks perlu diterapkan daripada bayi lagi. Pendidikan seks memang relevan dalam silibus.
  1. Awal (0-6 Tahun)- anak-anak perlu jelas perbezaan antara lelaki dan perempuan dari segi Biologi, supaya kita boleh terapkan perasaan malu bila bertembungan berlainan jantina.
  2.  Tamyiz (7-10 tahun) - Dalam usia ni perlu mention konsep kebersihan / bersuci. -Waktu ni,anak-anak perlu tahu bezakan jenis-jenis sentuhan yang appropriate/unappropriate.Supaya anak-anak tahu sekiranya ada orang buat perkara tak baik kepada mereka.-Adab meminta izin dalam masa-masa tertentu(dalam surah Annur : 58-59)-Perkenalkan tentang haid kepada anak-anak.
  3. Muharaqah (10-14 tahun) - Dalam umur ni, anak-anak dah mula menjadi 'reserve' dan malu untuk bercerita dengan ibubapa walaupun banyak persoalan dalam kepala mereka. Jadi ibubapa kena banyak mainkan peranan dalam menjawab persoalan mereka.- Asingkan tempat tidur (berdasarkan hadith, penting!)- Ceritakan berkenaan dengan haid/akil baligh kepada anak-anak supaya mereka tak perlukan cari orang lain untuk bercerita.- Pertahankan tentang aurat dan tundukkan pandangan.
  4. Baligh (14-16 ke atas)- Terangkan konsep perkahwinan.

  • Tanggungjawab ibu bapa dalam Pendidikan Seks:
  1. KOMUNIKASI - perlu trigger anak anda untuk selalu bertanya. Jangan sekat anak-anak kita daripada bertanya,supaya kita boleh jadi pusat rujukan anak-anak kita.- jawapan kepada persoalan anak-anak kita bergantung kepada usia anak, peribadi dan kefahaman mereka. - Galakkan mereka bercerita apa yang mereka lalui.
  2. ROLE MODEL JANTINA- Sekiranya kita nampak anak-anak kita bermasalah, almost 99% daripada mereka adalah CERMINAN kita.
  3. KAWAL PERSEKITARAN- Perlu ada parenting-block software untuk kawal apa yang mereka access di internet- Kita perlu lebih terkehadapan dari segi IT. Kalau anak-anak kita advance daripada segi Youtube @ FB @ Twitter, kita LAGI PERLU LEBIH ADVANCE.-perlu KENAL KAWAN ANAK-ANAK kita.- Boleh bagi access, tapi DO's and DONT's list.
NOTA TAMBAHAN

  • Kita perlu dididik dengan RULES daripada kecil lagi. Jangan kita lihat RULES sebagai KEJAM, tetapi ianya membataskan kita dari semua sudut. Bila kita dah biasa dengan RULES, kita akan senang untuk patuh pada peraturan.
  • Dalam Islam, kita TAK ADA konsep REMAJA, hanya ada konsep KANAK-KANAK SEBELUM BALIGH dan DEWASA BALIGH. Konsep REMAJA hanya diperkenalkan oleh barat untuk terma 'enjoy'. Kerana itu, hidup kita memang sentiasa ada tanggungjawab.

*Kredit*

Penceramah: Kak Fidah & Abang Q (postgrad London)
Lokasi: Southampton University
Tarikh: 10 March 2013
Note taker: Amalina Zulkiflee

Thursday, December 19, 2013

uniqueness

everybody has their own potential
has their own strengths and weaknesses
and no one is the same to others

but who are we to judge and label them?
we graded them as if we're God
we judged as if we're the ones created them
we don't know anything about them
we have no idea how their live have been in the past

never judge a person by their appearance
the truth may seem unbelievable 
never label them lower than us
they may be much better 

everybody deserves a chance
or a second chance, if appropriate

to discover it or not
that is the question




Tuesday, December 17, 2013

tapisan dakwah

pujuklah walau macam mana pun
yang memilih hanyalah dia

debatlah sepetah mana sekalipun
akhirnya, hanya dia yang memutuskan

kita hanya mampu menyampaikan
dan mungkin memberi kefahaman

namun hidayah
tetap milik Allah

biarlah dia
memilih kerana kefahaman
tetapi bukan kerana ikutan

biarlah dia
memilih kerana keyakinan
bukan kerana terhutang budi

yang menapis
hanyalah Allah

mungkin tapisan pertama kita berjaya
tapi mampukah untuk tapisan-tapisan seterusnya?

Sunday, December 15, 2013

sometimes, we don't even care!

sometimes
He put us in luxury
so that we remember those whose unfortunate

sometimes
He put us in misery
so that only HIm can make us clear

sometimes
He put us in difficulties
so that onto Him our only hope

He let us go astray
so we could find our way back to Him

He let us misdirected
so we could see the worst, and want things to get better

He let us live
so that we appreciate everything we have
to care for others
and not just only ours

but do we even care sometimes?


Wednesday, December 4, 2013

Reminiscing December

It's December
The month of holidays
The month of weddings
The month of monsoon

It reminds me of my first homestay with the local British family at Braintree.
They have this custom of collecting gifts in shoe box. Lots of them.
They wrapped it nicely, with the help of their grandchildren, of course!
And they distribute it to children, mostly from third world countries
as a present for Christmas.

They also fund some of these kids,
for their education for free
And they did it because they care

Good values from some non Muslims

And we as Muslims,
What do we do for the society?





Wednesday, October 9, 2013

nikmat sihat

bila ditarik nikmat yang sedikit itu
baru terngadah peri penting tekak yang sihat
mampu menelan segala macam makanan
tanpa risau tak dapat menjamah memamah

bila tampil rasa tekak seakan dicucuk jarum
air yang kosong perit diminum
bubur yang sesudu lama ditelan
apatah lagi makanan keras lainan

mungkin ia mengajarkan kita
untuk memamah selembut mungkin
sebelum ditelan memasuki perut
atau memilih yang mana bagus
agar tubuh tidak mudah sakit

bila ditarik nikmat yang sedikit ini
bukan saja makan yang dapat dijaga
tapi juga mulut dari berkata tidak bermanfaat

Tuesday, October 1, 2013

time will heal

It's so hard to explain
What I’m feeling
But I guess it’s ok
Cause I’ll keep believing
There’s something deep inside



Something that’s calling
It’s calling you and I
It’s taking us up high



Healing, a simple act of kindness brings such meaning
A smile can change a life let’s start believing
And feeling, let’s start healing



Heal and you will be healed
Break every border
Give and you will receive
It’s Nature’s order



There is a hidden force
Pulling us closer
It’s pulling you and I
It’s pulling us up high



CHORUS:
Healing, a simple act of kindness brings such meaning
A Smile can change a life let’s start believing
And feeling, let’s start healing



Hearts in the hand of another heart and in God’s hand are all hearts
An eye takes care of another eye and from God’s eye nothing hides
Seek only to give and you’ll receive
So, heal and you wïll be healed






Monday, September 30, 2013

menuju gemilang

adik-adikku
selamat melangkah diseberang sana
terdapat banyak yang boleh kalian teroka
terlalu banyak yang kalian boleh pelajari
asal rajin mencari dan ikhlas baiki diri

adik-adikku
perjalanan kalian baru bermula
kumpul ilmu sebanyak mungkin
agar boleh dikongsi bila kembali

pandanglah alam dengan kaca mata Islam
terlalu banyak yang boleh diambil ibrah
bina ukhuwah, cari pengalaman, tadabbur alam.

insya'allah takkan rugi


Friday, September 27, 2013

dua alam

bila berada dalam dunia dakwah
usah dikecilkan skop pemikiran 
dakwah hanyalah bergerak dalam halaqah dan usrah 

setiap perbuatan kita adalah dakwah
akhlak kita
perbuatan kita
percakapan kita
dan mad'u sekeliling memerhati
setiap tindak tanduk kita yang dipanggil daie

seimbangkan dakwah dan kehidupan
jangan berat sebelah
biar bukan yang terbaik
asal adab dan akhlak tetap dijaga

kita bersungguh ajak mad'u ke majlis ilmu
tapi bila tugasan tak dapat diselesaikan
tak pergi kelas pun tak apa
eh, tapi bukankah ada keberkatan didalamnya?
bukankah belajar itu adalah amanah?
kenapa tak buat apa yang dikata?

benar ianya mungkin kelemahan kita mengurus kehidupan
tapi jangan dijadikan alasan hingga mampu mencetus fitnah

p/s: reminder untuk diri sendiri yang kadang tak mampu nak cope dengan tugasan etc

Monday, September 23, 2013

the ugly truth

it seems that 
everything we've learned during usrahs and tamrins
are coming to reality 

talk about priority
events clashes now and then
till we can't really decide which one to go to

talk about distance
only determination will get you through
to cross the road and reach the destination

it's quite hard to get yourself back on track
because it'll need lots of determination
and also support

adaptation
may take longer than it should be
but hopefully not
we don't simply disappear
and vanish through time

"So do not weaken and do not grieve, and you will be superior if you are (true) believers."
 [3:139]


Sunday, September 22, 2013

what to do while studying abroad

Salam and hai.

Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah sekalian.Dalam entry ini saya ingin berkongsi secebis pengalaman dan cadangan kepada mereka yang bakal melanjutkan pelajaran ke luar negara. 

Dalam kita mempersiapkan diri mental dan fizikal untuk ke suatu tempat yang baru yang mungkin berbeza dari persekitaran sedia ada, moleklah juga jika dapat kita sama-sama menanamkan objektif tentang apa yang kita mahu dapat sepanjang pengajian disana. bukan hanya sekadar segulung ijazah sahaja cita-cita kita, kerana itu belum menjamin personal development kita yang selebihnya.


Pertama. Pengurusan kewangan sebaiknya.

Dalam setahun, rata-rata penaja akan memberikan elaun sara diri untuk beberapa bulan sekaligus. Jadi kebolehan untuk mengurus kewangan sangatlah dititikberatkan sepanjang berada diluar negara. 

it is important to keep our priorities right. utamakan untuk ada proportion yang tetap setiap bulan eg untuk savings, bil-bil rumah dan telefon. selebihnya, customize ikut preference kita. jika suka berjalan, banyakkan proprotion untuk pengangkutan. tapi jangan dilupakan juga satu proportion untuk kita berinfaq. yes, hidup diluar negara memang dikatakan mewah dengan rate elaun yang boleh dikatakan agak tinggi. bayangkan. jika kita bandingkan nilai 1GBP dan RM1, yang mana satu lebih tinggi nilainya? fikir-fikirkan. setidak-tidaknya wang kita tidak disalurkan ke arah yang tidak bermanfaat. :) 




Kedua. Explore/Tadabbur alam

Banyakkan mentadabbur alam. Guna peluang untuk explore tempat-tempat menarik disana. Ambillah ibrah yang ada, tidak kisah dari segi akhlak masyarakat setempat, culture  mereka walhal sejarah tempat itu sendiri. sebagai contoh lawatlah tempat-tempat semulajadi seperti pantai-pantai, kawasan bergunung-ganang, hutan-hutan simpan yang jauh dari kesibukan kota dan sebagainya. dan bertadabburlah. terdapat banyak ayat-ayat indah yang Allah nak sampaikan kepada kita melalui penciptaan alamNya. buka Quran, renung alam dan fikirkan. :)



kerana saya dari kursus yang berunsurkan sastera, pengalaman mengunjungi tempat kelahiran penulis terkenal seperti William Shakespeare dan Charles Dickens banyak memberi input tentang persekitaran mereka yang sedikit sebanyak menjadi inspirasi dalam penulisan karya mereka. 

Melihat pula pada pengalaman ke negara lain seperti Jordan dan Turki pula banyak membuka mata untuk saya menghayati pengorbanan para sahabat zaman dahulu dalam usaha menegakkan Islam sebagai ustaziatul alam. 

Siapa kata berada di negara Eropah tidak mampu membuka mata kita tentang keindahan Islam? Kadang kala kita perlu untuk melihat sendiri tinggalan sejarah yang telah dilakarkan oleh orang-orang terdahulu. Iyalah, Malaysia hanya berusia 50an tahun. Sejarah turun naik penghayatan Islam dalam kehidupan masyarakat boleh dikatakan masih bayi jika dibandingkan negara-negara lain. Ambil ibrah dan fikirkan apa yang boleh kita sumbangkan bila balik nanti. :) 

segala benda boleh dilihat melalui kaca mata Islam. hanya mahu atau tidak saja. 

p/s: siapa tahu kewujudan Islam di Britain dimulakan oleh siapa dan dimana? :P


Ketiga. Urus masa betul-betul ye!

Time is precious. Terdapat banyak cuti yang ada di luar negara, terutamanya mengikut musim. Pastikan kita rancang sesuatu agar masa yang ada tidak terhabis begitu saja. Guna masa yang ada untuk belajar (ikut study style masing-masing), masa berpersatuan (ada kalanya aktiviti persatuan banyak memerlukan masa dan tenaga kita, especially bila nak handle program-program persatuan di universiti etc), dan masa berjalan (bagi saya personally, saya suka guna masa ketika dalam kenderaan untuk revision. mungkin pelik, tapi itulah saya). cuti panjang sebulan dan tiga bulan semasa winter, easter dan summer haruslah diguna sebaik mungkin. pengalaman sepanjang berada di UK, saya gemar untuk travel bila ada kelapangan, sekadar menikmati angin yang berbeza dari tempat sendiri, walaupun jaraknya hanya 30 minit dari rumah! ada juga pelajar lain yang mencari kerja part time etc. tetapi paling penting adalah untuk kita set priority apa yang penting dan apa yang tidak, agar keutamaan diberikan kepada yang sepatutnya. 


                                                            

berkaitan dengan travelling. pengurusan masa disini juga bermaksud untuk membeli tiket seawal mungkin, kalau boleh beberapa minggu/bulan sebelum mulanya perjalanan tersebut. disamping dapat menjimatkan duit (tiket yang dibeli in advance lebih murah berbanding tiket on the spot), kita juga boleh rancang masa in advance dengan lebih effective dan mengurangkan kejadian aktiviti yang bertindih antara satu sama lain. (oh ini perkara biasa, in the end, kita sendiri yang dilema). 


Keempat. Ukhuwwah sesama Muslims/Malaysians.


Bila berada di luar negara, kita berada jauh dari keluarga masing-masing (melainkan yang ada ahli keluarga yang menetap diperantauan juga). jadi, sahabat-sahabat kita inilah peneman suka duka kita. Jadikan peluang berada di perantauan ini untuk mix around dengan students yang lain. program-program berskala besar winter gatherings seperti RISE di UK dan PUISI di Ireland yang dianjurkan persatuan mahasiswa luar negara banyak memberi peluang untuk kita berukhuwah dengan students yang datangnya dari universiti yang berbeza. peluang inilah yang seharusnya kita rebut kerana, mana tahu, esok lusa kita sempat untuk visit mereka ditempat mereka. boleh jimat tumpang tidur disamping merapatkan ukhuwwah. :)


Kelima dan terakhir insya'allah. Try!

kelebihan berada di perantauan memberi peluang yang luas kepada kita untuk mencuba benda-benda baru. cubalah selagi mana ianya tidak bertentangan dengan fitrah dan ajaran Islam. carilah apa-apa sekalipun yang tidak mungkin/sukar didapati  di Malaysia. sepanjang berada di perantauan, saya suka mencuba sukan-sukan yang menarik yang jarang/sukar didapati di Malaysia seperti lacrosse dan fencing. sekurang-kurangnya pengalaman mencuba tersebut boleh memberi sesuatu insight walaupun kita mungkin tidak suka akan pengalaman tersebut. 


Mungkin sedikit sebanyak perkongsian ini dapat memberi gambaran tentang apa yang perlu/patut untuk sahabat-sahabat fikir-fikirkan sebaik saja menjejakkan kaki ke destinasi masing-masing. Kita perlu bijak menentukan apa yang baik dan apa yang tidak agar masa yang diluangkan sepanjang pengajian disana berbuah seranum-ranumnya dan tidak rasa menyesal bila balik nanti. 



p/s: pardon my language. (n_n")



Thursday, September 19, 2013

i'll never alone

they've brightened up my days
it was somber

though it's short among the shortest
it was worth the share
worth to remember

i was there alone
and they came

to cheer me up
to remind me
how to smile again

when it starts to bloom
they had to go far away

yet this is just the beginning
for a journey it will be

and i
need to be strong

to face the tide
to fit into everything

Sunday, August 11, 2013

she is like a sister i never had

few years back

i met her at her house when we stayed there the night before the winter gathering started at Waddow Hall the next day. got to know her briefly and that's all about it.

the next day, the same person was assigned to be my facilitator during the whole winter gathering. it was such a coincidence, but it somehow let us to know more about each other. the memory of it was the best experience for my whole three years of joining different winter gatherings in the UK. and there is no doubt about it.

I would say that although we don't meet that often, she has sparked a special spot deep down in my heart. why? because she has taught me about life, indirectly, and without her intention, i suppose.

there was one time during ccmb, a spring holiday gathering, she asked me to be the imam for fajr prayer. i trembled as i lead the prayer because it was my very first time to lead a prayer among my friends. i guess somehow that incident of 'this-responsibility-lies-on-you' has made me more confident ever since. in certain things.

during summer holiday in Malaysia, i stayed at her house for a night. she actually taught me how to cover my aurah from the non-mahrams while being indoors. and yes, that was also my first time i ever knew how it should be done. That was the first and the last time i went back to malaysia for summer holidays after i've been touched by the sweetness of tarbiyah in the UK. As a beginner to love what i believe in my religion, there's so much to change. so much that i need to improve on and that was one of the initial aspects i began to understand and gradually take into action.

now

it's been more than a year since we last met. even more than a year i haven't heard any news from her. now that i'm already back for good, i think it would be good to keep in touch again. i don't want to lose a special friend because this one whole year has been quite dull without any news from her. no poking in facebook, no sweet messages, nothing at all. 

p/s: if you're reading this (or somehow i will make you read this if i were able to reach you), i just want to let you know that i really miss you. well, most of us do. seriously.

Wednesday, July 24, 2013

tempoh adaptasi

minggu kedua penyesuaian diri
Alhamdulillah segalanya semakin baik
makin biasa menerima sistem disini

jika usrah  tak pernah tinggal di sana
bila disini berjinak-jinaklah kembali
jangan dibiarkan hati itu kosong
kembali diisi pengisian rohani

jika disana solat berjemaah tempat bertatih
disini rajinkan diri bina saf itu kembali
jangan dibiar terleka hiburan dan kerja
ajaklah mereka, kita bina biah solehah itu kembali
dua minggu tempoh adaptasi
kini masa untuk kembali


Sunday, July 14, 2013

saf

dalam solat berjemaah
kesatuan ertinya merapat-rapatkan saf
bukan sejadah aku, kawasan aku
sejadah kau, kawasan kau

bukan mengambil kira
kau anak kecil
tak boleh duduk di saf hadapan
perlu duduk di saf belakang

tiada yang utama melainkan imam
tiada yang lemah melainkan yang uzur
selainnya sama disisi Allah
hanya taqwa yang membezakan

manakan umat bersatu
jika saf-safnya masih terlopong?

Tuesday, July 9, 2013

komitmen

komitmen

pada diri 
pada amal
pada keluarga 
pada masyarakat

betapa sukarkan untuk berlaku adil
apatah lagi untuk mementingkan yang lebih penting

semoga Allah kurniakan kekuatan 
untuk memilih yang paling aula
dan bersabar dengan yang tidak terpilih

Monday, July 8, 2013

sebab dah terbiasa

sebab dah terbiasa
kadang yang adat
melebihi syariat

sebab dah terbiasa
yang betul tampak asing
yang salah pun nampak betul

sebab dah terbiasa
sukar untuk betulkan yang biasa
susah untuk biasakan yang betul

peringatan pada diri
perlu kuat teguhkan prinsip
jangan mudah larut dengan biasa-biasa ni
walau kadang terpaksa melawan arus


Wednesday, July 3, 2013

anak-anak itu

hidup kita tidak berlegar hanya mengenai kita
ada hak-hak terhadap makhluk lain
yang tersembunyi dalam nikmat kesenangan 
yang Allah kurniakan kepada kita

gunakan kelebihan yang ada
berceritalah pada anak-anak itu
ajarkanlah mereka hingga mereka mampu melangkah
kasihi mereka hingga mereka yakin untuk berlari mengejar impian

mereka tiada ayah
mereka tiada ibu
hanya pada kita
mereka menumpang kasih

p/s: selesai malam pertama membantu anak-anak ini menyiapkan kerja sekolah. tersentuh dengan kesungguhan untuk belajar mereka yang meminta agar diajarkan 1 topik malam esok. 



Monday, July 1, 2013

segar

air paip
anggota wudhu'
cuaca panas

anda faham perasaan itu?

"Maka yang mana satu diantara nikmat-nikmat Tuhan kamu,
yang kamu hendak dustakan?"
(55:13)

mari muhasabah diri, 
berapa ramai diantara kita
 yang istiqamah menjaga diri
agar sentiasa berwudhu'?

Saturday, June 29, 2013

terakhir dari sini

masa yang lalu takkan dapat kita ulang
masa mendatang takkan dapat kita duga
masa yang ada, kita guna sebaiknya

malam terakhir di bumi permaisuri
mungkin akan kembali
mungkin juga tidak

namun pengalaman takkan mungkin sama
sekitarnya takkan pernah serupa
campaklah dimana-mana
pasti ada hikmahnya
bagi yang melihat dari hati




Friday, June 28, 2013

kepada yang membaca

PERINGATAN: bukan sajak, bukan pantun, tapi sebab tak reti buat ayat panjang-panjang =.=


setiap yang bertemu pasti akan berpisah
orang kata niatlah kerana Allah
mudah diungkap tapi sukar dibuat

biar ikhlas dalam bersahabat
moh target hingga ke syurga sana

sahabat-sahabatku,
adik-adikku,
3 tahun banyak mengajar erti kehidupan
dari asing kepada biasa
dari biasa kepada teman setia

alah bisa tegal biasa. #eh

terlalu banyak kenangan bersama
ada yang suka ada juga yang duka
tanpa sokongan dan doa
mana mungkin bertahan ke hari ini

walau jauh bakal kerinduan
namun dihati tetap bersama
rajin-rajin berwhatsapp, berskype ber'facebook'an
jangan dilupa sampai tak kenal muka
doa jangan dilupa

:)


"Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai, dan ingatlah akan ni’mat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa Jahiliyah) bermusuh musuhan, maka Allah mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu karena ni’mat Allah orang-orang yang bersaudara; dan kamu telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu daripadanya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu, agar kamu mendapat petunjuk" [3:103]


Dan (Dialah) yang menyatupadukan diantara hati mereka (yang beriman itu). Kalaulah engkau belanjakan segala (harta benda) yang ada di bumi, nescaya engkau tidak dapat juga menyatupadukan diantara hati mereka akan tetapi Allah telah menyatupadukan diantara (hati) mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana [8:63]


   


Thursday, June 27, 2013

wide smile





Alhamdulillah just received the news that I've passed my Year 3. Can't wait to start Year 4 in KL once again. I met John for an interview just an hour earlier before the message was sent to all of us. It was a memorable experience interviewing him. He even showed me some of the articles made by staffs and students from the TESL batch 2000/01. He photocopied some of those and gave it to me as a  gift. This is all because I told him that I wanted to make a video compilation on staffs' feedback about us after teaching  us patiently for the past 3 years. I was quite frustrated though that none of it was produced during the farewell party, so I decided to make my own video. During these final days in Canterbury, I am trying to develop my skills in video editing. Every night I will force myself to finish or do at least some part of the video regarding my previous holiday trips and time in the UK. 

It's hard to leave whatever we have here in the UK. I'll definitely miss everything here. The transportation, the weather, the friendship. It has taught me a lot during these 3 years. Interestingly, John still remembers me as part of the cohort representative although I have not been as one this year. It's a wonder he remembers me because I didn't speak a lot during the staff meetings and stuffs. But that trust he showed me makes me feel confident about myself and what I am capable to do. Perhaps if it wasn't because of being the student rep for the cohort, a secretary and treasurer for Iluvislam UK Eire once upon a time ago, I might not become who I am today. My confidence develops through time and still is developing. 

tonight, we had a small but little crazy mission. upon accomplishment, our favorite landlord has banked in our house deposit :) double the joy today, Alhamdulillah 








Friday, June 21, 2013

my word

sometimes i wonder
in what ways i could spread happiness
i've no talent in writing words of wisdom
my words can't soothe any pain
i tremble when i stand and speak

from zero
i set a step
a step that progress
a step that won't stop
a step that would spark the light

though it may be fragile
though it may not perfect
i will still move forward
with all my might







Thursday, June 20, 2013



10 days before back for good
it's time to cherish our last moments here in the UK
the good times that makes us happy
the bad times that makes us strong

live life to the fullest
be active
be productive

get out of bed
shut all the gadgets
get a life

Wednesday, June 19, 2013

soon enough

who would have thought
a year have past so quickly
it seemed to me like yesterday
we went there to send them off
and in few days time
it's our turn to pack our things
and make our way home

it seemed to me like yesterday
when we started our journey
and it seems to me real soon
that we're leaving for good

back to the reality
although we might be fragile
although we are still uncertain
there are hopes
and there are fears

the struggle
is to remember what we knew
and to practise what we've learnt

May Allah ease our journey



Friday, May 17, 2013

hope of the uncertainty

It's nearly the end of my days abroad. Within few more weeks, I'll be back home to where I came from. I'm returning to where I learnt what life is, how I coped with the struggles I've been through and the spark of my turning point. From nothing to something, I believed that I'm filling myself with something good, something I never had before.  

One by one agenda has just got its checklist' ticked. Mixed feelings, I know. 

Looking back on what I've gone through, this nearly three years spent in the UK has taught me a lot. Be it hardship, comfort, circle of friends, you name it. Choices, and we are responsible for what we chose. I choose not to be the same me when I first came abroad. I learned to get out of my comfort zone and I really don't regret what i did. Travelling alone to Hull just to meet a sister I never met, and I just like it ever since; the joy of travelling. It opened up a new chapter in me. Meeting new friends while I travel, expanding my social network through facebook and such.  From a small circle of friends, I get to know the whole lot of them. And from them, I learned a lot about myself. 

I'm not sure what's going to happen when I come back. No one does. Whether I'll be able to continue what I've started here, to be able to cope with the added responsibilities when I get back, and to keep the precious feeling of being in tarbiyah. Things will be different when we get back. It's no longer the training ground we can practice on, it's back to reality, the battlefield, the real stuff. Like UHAJ once said to us, we will be distracted with all the small things that could avoid us from being active in da'wah, it could be our profession, our family, our financial and the list will never end. If it wasn't us who look for it,seek for it, it will slowly vanishing. And that's what I'm afraid the most when I get back to the place I was once in jahiliyya, and I don't want to dilute back into it, ever again. 

Dear tarbiyah seekers, if you happen to see me starting to deviate, do please don't led me astray. Don't ever let me living in my own world without thinking the problem of our ummah. I don't want to be just the audience who critiques the most but do nothing, but I want to become among those who gone through the hardship of scoring the goal.







Monday, May 6, 2013

kalah ini bukan pengakhiran

wahai anakku,
Janganlah kamu bersedih di atas kekalahan ini, kerana ia adalah keringanan bebananmu di akhirat. Kekalahan sementara di dunia banyak air mata yang tumpah, banyak hati yang bersedih dan banyak jiwa yang menderita, namun semua ringihan, air mata dan kesedihan ada nilaiannya di akhirat seandainya kamu redha dengan ketentuanNya.

Wahai anakku,
Ingatlah akan firman Allah di dalam hadis Qudsi, mafhumnya " Sesiapa yang tidak redha dengan ketentuanku, dan tidak sabar di atas ujianku dan tidak bersyukur di atas nikmatKu, maka carilah Tuhan yang lain dariKu". Kerana itu wahai anakku, kita tidak punyai Tuhan yang lain selain Allah. Dia yang menentu kebaikan bagimu. Janganlah kerana sedikitnya ilmu yang ada pada kita, menyebabkan kita berdukacita di atas keputusan ini. 

Wahai anakku,
Tidak salah kamu menangisi, bersedih dan kecewa kerana itu adalah fitrah manusia. Namun janganlah perasaan itu merosakkan hatimu sehingga syaitan berjaya merosakkan jiwamu. Ucaplah " telah ditaqdirkan oleh Allah, apa-apa yang dikehendakiNya, dan kami redha dengan ketentuan!u wahai Allah".

Alangkah hebatnya perjuangan ini, bilamana kita berhadapan dengannya secara langsung. Banyak pengorbanan yang kita lakukan, apa yang diharap agar Allah menerima pengorbanan tersebut. Wahai anakku,
Kejayaan sebenar kita bilamana Allah menerima segala pengorbanan masa, tenaga dan wang ringgit kita sehingga ia menjadi tebusan diri kita di hadapan Allah di akhirat.

Wahai anakku,
Perjalanan masih jauh, perjuangan masih panjang yang memerlukan tenagamu. Ambillah sedikit masa untuk rehat seketika, lalu bangunlah dengan penuh ketabahan bagi meneruskan perjuangan ini. Kamu tidak perlu menyalahkan diri di atas keputusan yang kamu tidak sukai, kerana itu helah syaitan untuk merosakkan jiwamu. Jangan kamu salahkan dirimu atau orang lain, kerana kita hanya pelaksana apa yang Allah perintahkan. Ingatlah firman Allah " bukanlah kewajipan kamu (ya Muhamad S.A.W ) memberi hidayah kepada manusia, Allahlah yang memberi hidayah kepada sesiapa yang Dia kehendaki".

Wahai anakku,
Teruskan kerja Islam ini sehingga Allah beri kemenangan sebenar dihadapanNya nanti atau kamu mengadapnya dalam keadaan kamu masih istiqamah di atas jalanNya.

Ya Allah, ampunilah dosaku dan dosa semua petugas yang telah bertungkus lumus berjuang bagi memenangkan perjuangan ini. Ya Allah, andainya ada sedikit belas kasihanmu pada kami, maaflah kesilapan kami, am
Unilah dosa mereka yang membenci kami, dan. Erilah petunjukmu kepada mereka dan kepada kami.

Salam perjuangan buat semua yang disayangi.....
Senyumlah kerana kamu masih ada Allah yang menyanyagimu.


kredit: Tuan Ibrahim Tuan Man

Pasca PRU13

pengalaman mematangkan
mungkin kali ni kita belum bersedia
mungkin lebih banyak mudharat berbanding manfaatnya

ikhlaskan hati
kalah tak bermakna segalanya dah berakhir
menang tak semestinya boleh duduk senang

percayalah
kerana perjuangan itu panjang jalannya
dan perjuangan itu tiada apa yang mudah
jangan kerana terlalu gopohkan kemenangan
kesediaan kita kebelakangkan

benar
dalam nak berjuang
bersamalah dengan orang yang berjuang
kerana disitulah sumber kekuatan
disaat kita dalam kekurangan

usah beriman dengan usaha
kerana segalanya berlaku dibawah ketentuanNya
ada ketika Allah tunaikannya permintaan kita
ada ketika Allah simpan untuk masa yang sesuai


Wednesday, April 24, 2013

pulihkan

bila tengah 'down'
semua benda boleh buat kita menangis. 

cubaan untuk pulihkan semangat
akhirnya tumpah juga bila dengar bait kata ni

"jangan buang masa
siapa kata kita tidak boleh
kita ada Allah maha kuasa
kita punya kuasa tenaga
doa sebagai senjata
umat Islam sentiasa boleh"

hiburan itu indah bila ia mengingatkan
racun bila melalaikan




setelah lama

jika ditanya
apa kesannya setelah bertahun ditarbiyah
tepuk dada, jawab dalam hati

tahun pertama ditarbiyah
banyak input, banyak terkesan dihati
banyak menangisi masa lalu

setelah bertahun-tahun dalam tarbiyah?
...
moga terhindar dari jadikan usrah sebagai rutin
moga  ruh dalam usrah dapat diterjemah dalam amal

bukan hanya bersemangat dalam usrah
habis usrah, kembali kepada asal seperti sebelum diusrah

kalau macam tu
apa bezanya kita dengan orang yang tak usrah?


Monday, April 22, 2013

pre

bila perasaan rasa nak update banyak-banyak
idea pulak tak terluah nak susun macam mana
priority masih pada dissy dan oral test mandarin esok

cumanya nak kata
dalam perang kata-kata difacebook
jagalah adab dalam penulisan
usah dihambur kata-kata kesat
orang soleh tak buat macam tu kan?

Friday, April 19, 2013

politcian jr



mendidik generasi cilik cerdik politik 
jika si kecil tahu apa ciri-ciri seorang pemimpin
kenapa tidak kita?
:)

Tuesday, April 16, 2013

distractors

sebagai pelajar tahun akhir yang sedang bergelumang (tapi sempat la pulak kan nak update blog) dengan dissertation sebanyak 10 ribu patah perkataan, distractors seperti dibawah sememangnya mengganggu konsenstrasi untuk menyiapkan dissertation, disamping musim pilihanraya yang tarikhnya memang sipi-sipi dengan dateline submission dan juga first paper exam.







Bagi yang berkesempatan mengundi
undilah dengan bijak
yang tidak berkesempatan mengundi
pastikan orang disekeliling mendapat maklumat yang tepat



tanya pada hati

apa khabar iman hari ini?
pukul berapa solat subuh tadi?
malam tadi sempat qiam tak?
ada mathurat tak pagi ni?
pukul berapa zohor kita harini?
asar pulak macam mana?
maghrib isyak pulak?
ikhtilat dalam alam maya ada gap tak?
ikhtilat dalam kelas dan luar? 

sungguh
jika kemenangan islam yang kita nantikan
menangkanlah dalam diri juga
kurang-kurangkanlah
hentam-menghentam dalam berkata-kata
cukup-cukuplah ikhtilat tidak terjaga
henti-hentikanlah perkara yang mengeraskan hati
jagalah akhlak dan adab sebagai Muslim

jangan kerana kita
amal pejuang Islam yang leka
kemenangan Islam masih tertangguh



only for this time

i'm not a person 
who likes to post stuffs about politics much in my blog
maybe I'm not fully understands it
or maybe because I'm just not really  into it.
but this time
I think it's worth it.
kiyomi song won't get us anywhere
movies are not the reality
for those who thinks study is the priority for students
well, it is, but the fate of our country is also our responsibility


VOTE for CHANGE!
vote for a BETTER MALAYSIA!

#inikalilah!

bukalah mata, bukalah minda [PRU13]

Video 1


Video berkaitan sedikit analisa PRU 2008 dan perbandingan pemerintahan antara Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional di beberapa tempat. Penceramah, Ustaz Suhaimi Md Saad merupakan Ketua Penerangan PAS Pahang. Ustaz Suhaimi turut menjelaskan 3 persoalan utama yang seringkali diwar-war dan dimomokkan Barisan Nasional kepada masyarakat sekiranya Pakatan Rakyat menang pilihanraya akan datang. 3 perkara yang dihuraikan
  • DAP akan jadi Perdana Menteri
  • Kristian agama rasmi negara
  • Malaysia sebagai agen Israel
Video 2

Dimusim pilihanraya ini, rakyat perlu berhati-hati dengan lambakan media dan sumber berita yang diperoleh. Video membuktikan telah berlaku banyak fitnah yang dilakukan oleh media arus perdana. 
Banyakkan menilai sebelum membuat keputusan. 
Berfikir dalam mencari kebenaran. 




Undilah berdasarkan fakta dan bukan emosi
undilah kerana prestasi dan bukan semangat perkauman
jadilah pengundi yang berwibawa





Wednesday, April 10, 2013

diantara dua

Bismillahirrahmanirrahim

sebelum kita mengecam mana-mana parti politik,
caci memaki pro pembangkang  mahupun pro kerajaan,
marilah kita betulkan niat, atas dasar apa kita berpolitik?

memilih untuk mana-mana parti politik
biarlah kerana rasional bukan semangat semata-mata
memilih kerana fakta bukan kerana emosi
memilih kerana apa yang boleh diperbaiki
bukan kerana bersyukur dengan apa yang ada



Monday, March 25, 2013

remeh

sendawa berterusan dari pukul 10 malam hingga lewat malam. letih. 
terganggu mood untuk menyiapkan assignment terakhir di bumi permaisuri
asalnya mahu meredakan bahu yang sengal, akhirnya 
angin tak henti-henti traffiknya mahu keluar dari badan

siapa kata sendawa itu tak penting?
walau tampak remeh kejadiannya
itulah yang menyeimbangkan kita

benar
tiada apa yang Allah jadikan dimuka bumi sia-sia
hatta sendawa mahupun seekor lalat
hanya kita tidak mengetahui
dan hanya Dia yang Maha Mengetahui


p/s: sudahkah anda tonton movie 'Kentut'? 

Thursday, March 21, 2013

bukan malaikat

bawa usrah
bukan bermakna dia tahu segala hukum

bawa usrah
bukan bermaksud dia yang paling mantap amalannya

bawa usrah
tidak bererti dia yang paling soleh akhlaknya

tapi dengan bawa usrah
kita belajar dari cebisan pengalaman
ajak orang lain bersama-sama perbaiki diri
berkongsi kebaikan yang ada
berlatih mengurus kehidupan

bukankah itu permulaan yang baik?



p/s: tak suka dicop ustazah hanya kerana status membawa usrah 


Friday, March 15, 2013

final phase

time is ticking
i know
and every tick is painful
distress

i don't blame the one who teach
not also the unpredictable weather
it is i who can't cope
it is i whose disorganised

too much ample time is a killer
too much outside work is a burden
but to do all
is responsibility

i am alone
that is why i can't focus?
being a loner is no fun
that is why i'm easily distracted?


Monday, March 11, 2013

melencong ke coventry (lagi)

bismillahirrahmanirrahim

saya suka berjalan, lawat rumah kawan, lepak-lepak.
sebab bila lepak-lepak dengan orang yang jarang-jarang kita jumpa,
macam-macam benda kita boleh dapat.

betul, teknologi memang lagi memudahkan zaman sekarang ni
kita boleh skype, boleh oovoo memanjang
tanpa perlu nak pergi jumpa orang tu pun

tapi, takkan sama perasaan ber'skype' tu
dengan perasaan bila mata bertentang mata, lutut bertemu lutut
sebab bila ber'skype' kita hanya nampak sebahagian characters seseorang tu
tapi bila berada bersama-sama mereka, kita nampak the bigger picture
the way they handle things, the way they reacts and others
yang kadang-kadang takkan terserlah bila dihadapan komputer

weekend baru ni saya ada join daurah baitul muslim (jangan ingat saya dah gatal sangat nak kahwin)
sebab pada saya persediaan itu penting, sebab perkahwinan tu kan permulaan kehidupan yang baru.
analogi disini, kita nak exam esok, tapi takkan la dah dapat kertas exam depan mata baru nak study kan?
teringat seorang senior ni pernah cakap, ni anak dah keluar (baca: lahir) tapi apa yang kita nak buat dengan anak ni? takkan bagi makan, tukar lampin je?.... hehehe.. points to ponder

satu point yang sangat abg jo tekankan dalam daurah
kita kena betulkan mindset kita yang perkahwinan ni adalah tools untuk kita sampai dan dekat dengan Allah
dan bukannya matlamat utama seluruh kehidupan kita untuk berkahwin dan berkeluarga semata-mata
jadi dalam apa-apa sekalipun yang kita buat, segalanya kena berbalik pada Dia yang Maha Agung
kerana kita nak masuk syurgaNya dengan rahmatNya, dan bukan pada menggunungnya aktiviti dakwah yang kita buat sepanjang hidup kita
mungkin kita boleh juga reflect, muhasabah dan fikir balik, kenapa atau apa tujuan sebenar kita buat sesuatu program. is it only for the sake of making things happen or is it something beyond that?

hikmah disebalik kena tinggal bas dan akhirnya jadi lone ranger wakil canterbury ke daurah tu, saya rasa bersyukur sebab pilih untuk sampai juga ke coventry dan dapat sesuatu yang sangat meaningful untuk dibawa pulang. dapat berusrah dalam train dengan sahabat saya yg sorang ni. dapat jumpa dengan kawan-kawan dari luar canterbury pun satu perkara yang sangat-sangat saya hargai sebab tak tahu bila lagi kita akan jumpa lepas ni. walaupun bila balik canterbury akhirnya demam-demam sebab perubahan cuaca yang tiba-tiba snow balik :)







Sunday, March 3, 2013

mission and vision

VISION is our long term goal
the aim that we want to achieve in general
MISSION is how we are going to reach the vision
steps taken in order to accomplish our vision

things to do before we set our objectives to achieve our vision
- make a SWOT analysis (analyse our own strengths, weaknesses, opportunities and threats)
- based on SWOT analysis, set our objectives/goals
- the objectives should be made based on SMART
-from the objectives, comes with action plans.
-with action plans, it's time to hit the ground running

SMART is
- specific
- measurable
- attainable
- relevant
- time-bound 


bijak dalam merancang, 
biarlah disudahi usaha untuk mencapai apa yang dirancang, 
bukan hanya merancang dan biar masa yang menentukan 
sedang kita hanya berpeluk tubuh

“The World is three days: As for yesterday, it has vanished, along with all that was in it. As for tomorrow, you may never see it. As for today, it is yours, so work in it.” Hassan al-Basri raḍyAllāhu 'anhu (may Allāh be pleased with him)(may Allāh be pleased with him)

Saturday, February 16, 2013

hidayah milik Allah

usah diukur usia dengan kematangan
kerna belum tentu yang tua itu matang
dan yang muda itu mentah

jangan dilabel orang yang ikut tarbiyyah
amalannya hebat persis malaikat
mereka juga manusia kebanyakan
iman terkadang naik, terkadang juga turunnya

kadang ada yang muda lebih peka
lebih proaktif juga produktif
sedang yang tua
masih ditakuk lama
sama ketika mula disapa tarbiyyah





Friday, February 15, 2013

it snowed again in February

Alhamdulillah

just a short update insya'allah
I just got back from NISE 2013
managed to visit some friends in York and Leeds
that's why i really enjoy travelling
not that i love the scenery less, 
but i care to strengthen the ukhuwwah more~

I am now currently recovering from fever.
nearly took a week to recover.
but Alhamdulillah,
my health is getting better and better.
jazakumullah for all the wishes and prayers

my naqibah said,
"macam teruk je gayanye kat instagram"
but here i say, i'm not easily get sick,
so when i am, i guess you can imagine how would it be.
when i'm able to makes jokes (pekena, menyakat) my friends again
that's the indicator that i'm getting better
well, perhaps that's what she said.
and i guessed i'm agree with her.

(^_^)

p/s: it was snowing+raining when i got back from Leeds, and most probably that's the reason i fell sick? Allah knows best


Thursday, January 31, 2013

stop, pause, reflect

dalam kehidupan, kadang-kadang kita perlu berhenti sejenak, pause, dan reflect apa yang kita dah buat sehari-hari. adakah amalan yang kita lakukan itu memdekatkan kita kepada Sang Pencipta, atau makin jauh?  dalam setiap tingkah laku kita, adakah ianya menyediakan kita untuk hadapi masa depan yang lebih mencabar? atau hanya mendatar, sekadar rutin harian saja? 

kita kadang-kala leka dengan dunia kita sahaja. pergi kelas, habis kelas, balik rumah. pergi sekolah, balik sekolah, mengadap laptop sampai ke malam. tapi pernahkah kita lihat sekeliling kita? apa khabar orang disebelah sana? sihatkah orang disebelah sini? sudah berbungakah pokok yang tandus itu? 

kenapa kita perlu muhasabah? kerana dengan itu kita tahu kekurangan sifat kita. demgan bermuhasabah dapat menutup kelopongan dengan cara kita perbaiki diri kita. perbaiki amalan kita. perbaiki hubungan kita. dengan sesama manusia. dengan Allah. 


stop.pause.reflect.